BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 7 Oktober 2011

. . d'sebAlik keiNdahAn aLam . .

              setiap hari, apabila kita bangun, kita akan ternampak matahari yang memancar dengan indah .sinaran matahari yang memancar menjadikan hidup kita ceria dan indah . kita memuji-muji keagungan dan kelebihan yang Tuhan kurniakan kepada kita . tetapi pada suatu hari, apabila kita bangun, kita dikejutkan dengan hujan yang mencurah-curah dan petir yang berdentum kaut . hati kita mula rasa sedih dan jiwa kita mula kacau . tiadanya sinaran matahari menjadikan hidup kita susah dan sentiasa dalam kekusutan . jadi, kita mula marah dan menyalahkan takdir . namun kita tidak tahu sebenarnya Tuhan mengurniakan kepada kita pelangi yang indah dan cantik, ditambah lagi dengan sinaran matahari yang kita tunggu selama ini . semua yang berlaku pasti akan ada hikmahnya .